

Bengkel Filem Komuniti
Bengkel Pembangunan
Idea & Penceritaan
Bengkel ini melibatkan seramai 26 orang peserta yang merupakan belia / remaja komuniti Chow Kit. Bengkel ini berbentuk kuliah – dengan bimbingan tenaga pengajar iaitu Putri Purnama Sugua, seorang pengarah yang sedang meningkat naik. Bengkel pertama akan menghasilkan sebuah penceritaan video pendek yang akan dijalankan penggambaran pada bengkel yang kedua. Bengkel sesi pertama ini telah diadakan pada 16-18 Disember 2023, bertempat di Asia School of Business.
Bengkel Intensif Produksi
Bengkel ini melibatkan seramai 26 orang peserta yang merupakan belia / remaja komuniti Chow Kit. Bengkel ini berbentuk kuliah dan praktikal – dengan bimbingan tenaga pengajar iaitu Abdul Aliff Ihsan, seorang pengarah yang sedang meningkat naik. Bengkel kedua akan menghasilkan video pendek yang berdurasi sekitar 7 minit, lanjutan daripada draf penceritaan bengkel pertama yang dihasilkan ke dalam bentuk visual. Sekumpulan tenaga produksi profesional juga turut membantu para peserta dalam proses penerbitan – sebagai pembimbing. Bengkel sesi kedua ini telah diadakan pada 29-31 Disember 2023, bertempat di Asia School of Business dan KL Krash Pad serta kawasan berhampiran sekitar Chow Kit.